Tempahan


Proses tempahan.

1.    Download borang tempahan
Sila download borang tempahan terlebih dahulu. Sila klik pada butang download di bawah untuk download borang tempahan.

2.    Isi borang tempahan
Pastikan borang di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yang dicetak adalah di atas kesilapan anda.

Selepas borang siap dilengkapkan sila emailkan borang yang lengkap di isi berserta lakaran peta ke :
geneticideacreative@gmail.com

Setelah borang dihantar pihak kami akan menghubungi anda. Sekiranya dalam tempoh 24 jam anda masih belum menerima sebarang panggilan sila hubungi kami di talian :  013-7931 758

3.    Emelkan borang tempahan, peta & gambar (jika ada)
Emel borang dan peta kepada kami ke : geneticideacreative@gmail.com
*perhatian: sila pastikan anda emel pada alamat emel yg betul. Pastikan anda lampirkan peta.
Kami tidak akan memulakan proses membuat artwork jika lampiran tidak lengkap.

4.    Deposit pertama
Buat pembayaran artwork rm50 sebagai deposit permulaan ke akaun kami. Tempahan tidak akan diproses selagi tiada transaksi.
Maybank berhad
Nama : Mohammad Fithri Bin Rusli     no. Akaun : 151240033225
*perhatian: kami tidak akan memulakan proses tempahan jika pembayaran deposit belum diterima. Salinan slip pembayaran / bukti online transfer hendaklah diemailkan kepada kami sebagai bukti pembayaran. (sila letak nama pasangan dan tarikh perkahwinan untuk rujukan kami). Tempahan anda hanya akan  diproses setelah pembayaran deposit rm50 dibuat. Deposit tidak akan dipulangkan setelah tempahan diproses dan atas budi bicara kami.

5.    Rekabentuk kad kahwin
Rekabentuk kad kahwin akan disiapkan dalam tempoh 3-5 hari bekerja (tidak termasuk sabtu & ahad). Setelah rekabentuk siap, kami akan emelkan rekabentuk kepada anda dan akan menghubungi anda sebaik sahaja rekabentuk kad kahwin diemelkan.

6.    Pembetulan
Sila semak dengan teliti isi kandungan kad kahwin dan  peta kad kahwin anda. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.

7.    Deposit kedua - 50%
Selepas pembetulan selesai dibuat, pelanggan perlu membuat pembayaran deposit kedua sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan harga kad. Sila emelkan slip pembayaran kepada kami sebagai bukti pembayaran. Sila nyatakan sekali nama pasangan bagi mengelakan kekeliruan.

Perhatian : kad anda tidak akan dicetak sekiranya deposit 50% tidak dibuat. Sila buat pembayaran dengan segera bagi mengelakan kad anda lewat diterima.

8.    Proses percetakan
Proses mencetak akan di buat apabila drafrekabentuk kad kahwin telah dipersetujui dan pembayaran deposit 50% dibuat. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-14 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda. Kami akan mengubungi anda seteah kad siap di cetak.

9.    Kad siap
Setelah kad anda siap dicetak, kami akan menimbang berat kad tersebut untuk menentukan jumlah caj penghantaran. Kami akan menghubungi anda untuk memaklumkan kos penghantaran.

10.  Pembayaran terakhir & penghantaran
Sebelum penghantaran dibuat, pelanggan hendakalah membuat bayaran terakhir (baki bayaran kad + kos penghantaran). Sila emailkan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran kepada kami. Sila nyatakan sekali nama pasangan bagi mengelakan kekeliruan.

Sebaik sahaja segala pembayaran dijelaskan. Kad kahwin yang talah siap akan dihantar terus kepada pelanggan. Penghantaran mengambil masa 1-3 hari berkerja bergantung kepada destinasi.

Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan lebih awal bagi mengelakan masalah kelewatan berlaku.


Post a Comment